Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cliff Richard saman BBC, polis berkaitan siaran serbuan penderaan seks

Jul 11, 2016 | 12:32 PM
Penyanyi Cliff Richard (tengah) semasa menyaksikan perlawanan akhir tenis Wimbledon antara Andy Murray dan Milos Raonic pada Ahad (10 Julai) 2016.
Penyanyi Cliff Richard (tengah) semasa menyaksikan perlawanan akhir tenis Wimbledon antara Andy Murray dan Milos Raonic pada Ahad (10 Julai) 2016. - AFP

LONDON: Bintang pop veteran Britain, Cliff Richard, mengesahkan pada Ahad (10 Julai) beliau akan menyaman BBC dan polis selepas serbuan di rumahnya disiarkan secara langsung di televisyen.

Richard, 75 tahun, diberitahu bulan lalu beliau tidak akan dikenakana sebarang tuduhan berkaitan dakwaan penderaan seksual yang kononnya berlaku sejak beberapa dekad, selepas siasatan dua tahun, disebabkan kerana kekurangan bukti.

Pasukan Polis South Yorkshire dikritik teruk oleh penggubal undang-undang mengenai cara ia mengendalikan kes itu, selepas ia mencapai perjanjian dengan BBC untuk menyiarkan serbuan polis ke atas rumah Richard.

Akhbar The Mail on Sunday berkata kes Richard boleh bernilai lebih £1 juta ($1.74 juta).

"Kehidupan saya betul-betul diterbalikkan dan reputasi saya, di seluruh dunia, dirosakkan tidak semena-mena. Saya tidak mahu perkara sama berlaku kepada orang lain baik pada mata awam atau tidak," kata Richard dalam satu kenyataan.

"Saya amat percaya bahawa privasi perlu dihormati dan garis panduan polis disediakan untuk dipatuhi."

"Ini bermakna kecuali dalam keadaan luar biasa, seseorang itu tidak boleh dinamakan melainkan jika dan sehingga beliau dikenakan tuduhan. Seperti yang semua orang akui, tidak ada apa-apa 'keadaan luar biasa' dalam kes saya."

Selepas BBC mendapat tahu mengenai siasatannya, Polis South Yorkshire mencapai perjanjian dengan penyiar itu untuk melambatkan mereka membuat laporan.

BBC diberi maklumat awal mengenai serbuan ke atas rumah Richard dan berada di luar terlebih dahulu untuk merakam detektif menyerbu dan menyiarkan serbuan itu secara langsung dari helikopter.

BBC "meminta maaf" kerana menyebabkan kesusahan kepada penyanyi itu tetapi mempertahan keputusannya melaporkan siasatan itu.

Polis South Yorkshire turut memohon maaf kepada Richard. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg