Hillary Clinton cipta sejarah jadi calon presiden Demokrat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hillary Clinton cipta sejarah jadi calon presiden Demokrat

Jul 27, 2016 | 8:34 AM

Hillary Clinton cipta sejarah jadi calon presiden Demokrat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Kem Cik Hillary Clinton kini berusaha menyatukan parti itu untuk mengalahkan Encik Donald Trump pada pilihan raya pada November. .
Kem Cik Hillary Clinton kini berusaha menyatukan parti itu untuk mengalahkan Encik Donald Trump pada pilihan raya pada November. . - GAMBAR TWITTER

PHILADELPHIA: Cik Hillary Clinton menjadi wanita pertama dalam sejarah memenangi pencalonan bagi presiden Amerika Syarikat setelah mendapatkan sokongan Demokrat pada konvensyen kebangsaan parti itu di Philadelphia pada Selasa (26 Jul).

Bekas pertama wanita, senator dan setiausaha negara itu mengambil langkah besar dalam usaha beliau menjadi presiden wanita pertama Amerika dengan mengalahkan pencabar Bernie Sanders.

Selepas pembukaan huru-hara konvensyen itu, yang menyaksikan penyokong Encik Sanders dan Cik Clinton mengejek satu sama lain, Cik Clinton melepasi jumlah 2,382 perwakilan yang diperlukan untuk pencalonan itu dan menentang calon parti Republikan, Encik Donald Trump, dalam pilihan raya pada November.

Beberapa perwakilan tegar Encik Sanders melahirkan kekecewaan dengan kekalahan calon mereka, tetapi perpecahan dalam parti tersebut kurang ketara daripada pada Isnin.

Kini, kem Cik Clinton sedang berusaha menyatukan parti itu.

Sementara itu, Encik Sanders menggesa penyokongnya supaya menyokong Cik Clinton.

"Apa yang kita harus lakukan, atau kesal selama-lamanya, ialah mengalahkan Donald Trump dan mengundi Hillary Clinton," katanya. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg