Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Colgate semak jenama ubat gigi China, Darlie, di tengah perbahasan mengenai ketidaksamaan kaum

Jun 19, 2020 | 8:58 AM
Darlie adalah jenama China yang dimiliki oleh Colgate dan rakan usaha samanya Hawley & Hazel.
Darlie adalah jenama China yang dimiliki oleh Colgate dan rakan usaha samanya Hawley & Hazel. - EPA-EFE

LONDON: Colgate-Palmolive pada Khamis (18 Jun) berkata ia sedang berusaha untuk menyemak dan mengembangkan jenama ubat gigi China miliknya, Darlie, yang terbaru dalam rangkaian penilaian semula jenama di tengah-tengah perbahasan Amerika Syarikat mengenai ketidaksamaan kaum. Darlie adalah jenama China yang dimiliki oleh Colgate dan rakan usaha samanya Hawley & Hazel. Bungkusannya menampilkan lelaki bertopi yang tersenyum. Nama sebelumnya ialah Darkie, dan menampilkan muka berwarna hitam (blackface). Nama Cinanya sekarang masih diterjemahkan sebagai "ubat gigi orang kulit hitam". "Selama lebih dari 35 tahun, kami telah bekerjasama untuk mengembangkan jenama itu, termasuk perubahan besar pada nama, logo dan pembungkusan. Kami kini bekerjasama dengan rakan kongsi kami untuk meninjau dan mengembangkan lebih lanjut semua aspek jenama, termasuk nama jenama," kata jurucakap Colgate. Kenyataan Colgate menyusuli berita pada Rabu bahawa PepsiCo Inc akan mengubah logo Aunt Jemima-nya, mendorong jenama lain untuk memulakan semakan. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg