Premium
Cosby saman mangsa langgar kontrak pampasan
Feb 19, 2016 | 5:30 AM
AMBIL TINDAKAN: Cosby (tengah) mendakwa Cik Constand melanggar perjanjian yang dicapai dalam penyelesaian saman sivil terdahulu berkaitan serangan seksual pelawak itu ke atasnya. - Foto REUTERS -
PHILADELPHIA (Amerika Syarikat): Bill Cosby memfailkan saman terhadap seorang wanita yang mendakwa beliau memberikan dadah dan melakukan serangan seksual, sekali gus mencetuskan tuduhan jenayah terhadap pelakon komedi itu, lapor New York Times (NYT).
Akhbar tersebut melaporkan saman yang difailkan di Mahkamah Persekutuan Pennsylvania itu menamakan Cik Andrea Constand dan peguamnya, Cik Dolores Troiani, dan Cik Bebe Kivitz sebagai defendan.

