Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: 5 ditahan susuli kematian pesakit di hospital Jordan

Mar 14, 2021 | 9:20 PM
Foto REUTERS
Foto REUTERS -

AMMAN: Pengarah dan empat pegawai sebuah hospital Jordan yang merawat pesakit koronavirus ditahan pada Ahad (14 Mac) di atas kematian pesakit di hospital berkenaan selepas kemudahan itu kehabisan oksigen, jelas sumber kehakiman.

Seorang pendakwa mengambil keputusan meletakkan mereka dalam jagaan selama seminggu untuk disoal siasat selepas tujuh pesakit meninggal dunia pada Sabtu di hospital yang bertempat di Salt, berhampiran Amman.

Kemarahan orang awam terhadap peristiwa ini membawa pada perletakan jawatan Menteri Kesihatan Jordan, Encik Nazir Obeidat.

Raja Abdullah II pula mengarahkan agar pengarah hospital berkenaan, Encik Abdel Razak al-Khashman, juga meletakkan jawatan.

Ketua khidmat kesihatan bagi wilayah ini juga digantung dari tugasnya sementara menanti siasatan tamat dibuat.

Dalam satu keratan video yang dimuatnaikkan ke dalam talian, Raja Abdullah yang nampak marah menggeleng-gelengkan kepalanya. Beliau bertanya: "Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Ia tidak boleh diterima."

Ratusan orang pula berkumpul di luar hospital untuk meluahkan rasa tidak puas hati.

Sesi darurat diadakan oleh Sidang Parlimen Jordan pada Ahad bagi membincangkan kematian di hospital Salt ini.

Peristiwa ini berlaku awal sedang kes Covid-19 di Jordan meningkat sejak beberapa minggu lalu, mendesak pihak berkuasa mengenalkan semula sekatan termasuk perintah berkurung sepanjang hari setiap Jumaat iaitu hari rehat di Jordan.

Jordan yang melancarkan program vaksinasi Covid-19 pada Januari melaporkan lebih 460,000 kes koronavirus dan lebih 5,200 kematian. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg