Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19: Angka kematian Asia Tenggara kian meningkat

Sep 04, 2021 | 05:05 PM



HANOI: Kes jangkitan Covid-19 dan kematian angkara virus itu mencatat peningkatan dua hari berturut-turut di Asia Tenggara pada Jumaat (3 September).



Asean mencatatkan 81,459 kes baru pada Jumaat iaitu perangkaan lebih tinggi berbanding 79,055 kes yang dilaporkan Khamis, manakala kematian turut melonjak kepada 1,809 kes berbanding 1,731 kes pada Khamis.



Kes kumulatif di wilayah berkenaan melepasi 10.3 juta jangkitan dengan kadar kematian setakat ini mencecah 228,885 kes.



Indonesia melaporkan 7,797 kes baru dan 574 kematian pada Jumaat, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu meningkat kepada 4,116,890 jangkitan serta 134,930 kematian.



Negara itu akan terus mempergiatkan saringan, kawalan membendung penyakit dan pemberian vaksin kepada seramai mungkin, demi memastikan penularan jangkitan berupaya ditangani.



Menurut Kementerian Kesihatan Vietnam, hanya 2.9 peratus daripada keseluruhan penduduk negara itu sudah menerima suntikan pelalian manakala kadar kematian semasa iaitu 2.5 peratus adalah lebih tinggi daripada kadar global 2.1 peratus.



Di Myanmar, kadar jangkitan Covid-19 meningkat kepada 409,509 kes selepas 3,410 kes baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, berdasarkan kenyataan Kementerian Kesihatan Myanmar pada Jumaat.



Menurutnya, 93 kematian dilaporkan, sekali gus meningkatkan angka korban kepada 15,693 kes manakala 358,074 pesakit dibenarkan pulang ke rumah selepas disahkan sembuh daripada wabak berkenaan.



Sementara itu, Thailand akan memulakan suntikan penggalak vaksin Covid-19 atau suntikan 'booster' kepada tiga juta penduduk yang sudah divaksin, seawal hujung bulan ini.



Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata suntikan tambahan itu akan diberikan kepada mereka yang sudah lengkapkan dua dos suntikan vaksin Sinovac, sekurang-kurangnya tiga bulan lalu.



"Kami akan memberikan vaksin AstraZeneca Covid-19 sebagai suntikan penggalak manakala lima juta warga Thailand dalam kumpulan usia 12 hingga 18 tahun akan diberi vaksin mulai bulan depan.



"Kumpulan ini akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 yang dijadualkan tiba pada Oktober," katanya kepada media.



Setakat ini, Thailand telah memberikan 34.29 juta dos vaksin termasuk 597,598 dos sebagai suntikan ketiga.



Dalam tempoh 24 jam terakhir, Thailand melaporkan 14,653 kes Covid-19 baru dan 271 kematian, menjadikan jumlah jangkitan negara adalah sebanyak 1,249,140 kes dan 12,374 kematian sejak wabak itu dikesan pada Januari tahun lalu. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >