Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19: Angka kematian dunia jangkaui 700,000

Aug 05, 2020 | 05:08 PM



WASHINGTON: Angka kematian global dari Covid-19 kini menjangkaui 700,000 pada Rabu (5 Ogos), menurut penghitungan Reuters, dengan Amerika Syarikat, Brazil, India dan Mexico mendahului dalam jumlah kematian yang semakin meningkat.



Secara purata, hampir 5,900 orang mati setiap 24 jam dari Covid-19, menurut perhitungan Reuters itu berdasarkan data dari dua minggu terakhir.



Ini bermakna sebanyak 247 kematian setiap jam, atau satu kematian setiap 15 saat.



Amerika Syarikat, yang menjadi tempat tinggal kepada sekitar 330 juta penduduk, merupakan antara negara yang teruk terjejas meskipun merupakan salah satu negara terkaya di dunia.



Di beberapa negara lain yang sebelum ini dianggap berjaya mengekang penularan koronavirus, kini menyaksikan rekod kes dalam masa sehari, menandakan usaha memerangi Covid-19 belum selesai.



Australia, Jepun, Hong Kong, Bolivia, Sudan, Ethiopia, Bulgaria, Belgium, Uzbekistan dan Israel baru-baru ini mencatat peningkatan kes. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >