Covid-19: Angka korban di Indonesia lebihi jumlah rasmi, kata pakar
Covid-19: Angka korban di Indonesia lebihi jumlah rasmi, kata pakar
Apr 19, 2020 | 6:09 AM
Pekerja mengusung jenazah pesakit Covid-19 untuk dikebumikan di Pulau Sangihe, di Utara Sulawesi. - REUTERS
JAKARTA: Angka korban akibat koronavirus di Indonesia dijangka telah mencecah 1,000, hampir seganda lebih tinggi daripada perangkaan rasmi iaitu 535, kata pengerusi Persatuan Doktor-doktor Indonesia (IDI) Daeng Faqih.
Menurut beliau, ada percanggahan antara perangkaan rasmi degan anggaran IDI, kerana data rasmi tidak menyertaikan bilangan pesakit yang disyaki maut kerana Covid-19, tetapi hasil ujian pemeriksaannya masih belum diketahui.
"Kumpulan yang maut tetapi belum diuji positif bagi Covid-19 telah dilaporkan sebagai angka korban koronavirus, kata Daeng.

