Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19: Arab Saudi lanjutkan sekatan pada kegiatan hiburan, khidmat restoran

Feb 14, 2021 | 03:09 PM



DUBAI: Arab Saudi telah melanjutkan sekatan selama 20 hari ke atas kegiatan hiburan, perhimpunan dan khidmat restoran bagi mengekang penularan koronavirus, lapor Agensi Berita Saudi (SPA) pada Ahad (14 Februari).



Menukil kenyataan Kementerian Dalam Negari Arab Saudi, pengumuman itu juga melanjutkan beberapa langkah yang diperkenalkan 10 hari lalu meliputi penutupan pawagam dan pusat sukan tertutup.



Sekatan yang bermula pada 10 malam (waktu Arab Saudi) Ahad mungkin akan dilanjutkan lagi, jelas kenyataan itu.



Dua minggu lalu, negara ini telah menggantung kemasukan pengunjung daripada 20 negara kecuali mereka adalah warga,  diplomat atau karyawan perubatan dari Arab Saudi dan anggota keluarga masing-masing.



Antara negara yang tersenarai termasuk Amerika Syarikat, Mesir, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Lebanon dan Turkey.



Pengumuman itu dibuat setelah Menteri Kesihatan Arab Saudi, Encik Tawfiq al-Rabiah, memberi amaran bahawa sekatan koronavirus baru ini akan berkuatkuasa jika warga negara dan penduduk Arab Saudi tidak mematuhi sekatan demi kesihatan.



Arab Saudi, kerajaan terbesar dalam kalangan enam negara Teluk dan ekonomi terbesar dunia ini, melaporkan 337 kes koronavirus baru dan empat kematian pada Sabtu (13 Februari).



Jangkitan hariannya turun dari jumlah kemuncak 4,000 kes pada Jun kepada paras di bawah 100 kes pada awal Januari.



Arab Saudi melancarkan kempen vaksinasi koronavirus pada 17 Disember lalu setelah menerima bekalan pertama vaksin Pfizer-BioNTech.



Kementerian Kesihatan Arab Saudi berkata program itu akan digerakkan dalam tiga fasa, bermula dengan penduduk berusia lebih 65 tahun serta mereka yang menghidap penyakit kronik atau berdepan dengan risiko tinggi jangkitan.



Namun, bulan lalu, kementerian ini menambah, ia terdesak memperlahankan proses suntikan vaksin kerana kiriman vaksin yang tertunda.  - Reuters/AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >