Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Arab Saudi mungkin batalkan ibadah haji tahun ini, atau hadkan bilangan jemaah

Jun 16, 2020 | 5:13 PM
Kerajaan Arab Saudi dijangka mengumumkan keputusan membatalkan atau mengehadkan jumlah jemaah haji dalam masa terdekat ini. - Foto AFP
Kerajaan Arab Saudi dijangka mengumumkan keputusan membatalkan atau mengehadkan jumlah jemaah haji dalam masa terdekat ini. - Foto AFP -

RIYADH: Arab Saudi dijangka mengehadkan jemaah bagi menunaikan ibadah haji atau membatalkannya sama sekali tahun ini berikutan ancaman Covid-19 yang belum reda.

Negara itu masih berbelah bahagi mengenai keputusan untuk menegah umat Islam sedunia datang ke Makkah untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Sebahagian besar negara Islam kini masih ternanti keputusan muktamad Riyadh berhubung keputusan menunaikan haji, yang dijadualkan berlangsung lewat Julai ini.

Arab Saudi bagaimanapun berdepan risiko politik dan ekonomi daripada keputusan itu, malah masa juga semakin suntuk untuk mereka menyediakan keperluan logistik bagi salah satu perhimpunan terbesar dunia itu.

Ibadah haji tahun lalu menyaksikan kehadiran sekitar 2.5 juta jemaah dan dijangka bertambah tahun ini, namun kerajaan negara itu menasihatkan umat Islam menangguhkan hasrat mereka berikutan ancaman Covid-19.

Seorang pegawai Arab Saudi memberitahu AFP bahawa kerajaan akan mengumumkan keputusan dalam masa terdekat.

Ketika ini, Indonesia sudah menarik diri daripada menyertai ibadah haji tahun ini, dan menyifatkannya sebagai keputusan yang amat sukar.

Malaysia, Senegal dan Singapura turut mengumumkan langkah sama, namun bagi kebanyakan negara Islam lain seperti Mesir, Maghribi, Turki, Lubnan dan Bulgaria, mereka masih menunggu keputusan muktamad Riyadh. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg