BEIJING: Dua pertiga penerbangan dibatalkan di Beijing termasuk arahan menutup semula sekolah di ibu kota China pada hari ini selepas pihak berkuasa bergegas mengekang penularan baru Covid-19 yang ada kaitan dengan pasar borong makanan.
Bandar itu dilaporkan merekodkan sebanyak 31 kes baru hari ini, menyaksikan pegawai menggesa penduduk supaya tidak meninggalkan Beijing dengan peningkatan kebimbangan terhadap gelombang kedua jangkitan di China.
Puluhan ribu orang yang mempunyai kaitan dengan dengan kelompok baru di Beijing, yang dipercayai berpunca daripada pasar borong makanan di bandar Xinfadi, diuji dengan hampir 30 komuniti kini di bawah perintah berkurung.
Sekurang-kurangnya 1,255 penerbangan yang dijadualkan terpaksa dibatalkan pagi ini, membabitkan 70 peratus daripada semua perjalanan ke dan dari lapangan terbang utama Beijing.
Sementara itu, beberapa wilayah mengkuarantinkan mereka yang datang dari Beijing di mana semua sekolah yang sebelum ini yang kebanyakannya dibuka terpaksa diarah tutup semula dan kembali menjalani kelas secara dalam talian. - AFP


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg