Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Covid-19 beri kesan mendalam pada ekon dunia walau selepas pemulihan'

Apr 19, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Sepertimana sesetengah pesakit Covid-19 yang melalui pemulihan menderita dengan tanda jangkitan jangka panjang, ekonomi sejagat juga mengalami parut selepas tempoh pemulihan.



Begitulah pengamatan beberapa pakar yang dihubungi mengenai tamparan hebat Covid-19 pada ekonomi sejagat.



Meskipun sokongan kewangan krisis berupa AS$26 trilion ($34 trilion) dan agihan vaksin mempercepatkan proses pemulihan lebih awal daripada yang dijangka, pendidikan yang tergendala, kemusnahan pekerjaan, kadar hutang yang meruncing serta jurang kaum, jantina, generasi dan geografi, meninggalkan parut mendalam khususnya buat kebanyakan negara miskin.



Penolong Profesor Vellore Arthi daripada Universiti California, Irvine, yang mengkaji kesan jangka panjang kesihatan dan ekonomi dek impak pelbagai krisis, berkata:



"Amatlah mudah untuk kita rasa lega apabila segalanya kelihatan kembali seperti biasa selepas tempoh setahun atau lebih mengharungi hari-hari yang melelahkan dek krisis ini.



"Bagaimanapun, kebanyakan kesan yang kita lihat berdasarkan sejarah akan berterusan selama berdekad lamanya dan tidak semudahnya ditangani."



Kemerosotan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) tahun lalu adalah yang terbesar sejak era kemelesetan ekonomi paling buruk antara 1929 dengan 1939, yang dipanggil 'Zaman Meleset' (Great Depression).



Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menganggarkan krisis kali ini mengorbankan pekerjaan sepenuh masa 255 juta orang.



Menerusi pengamatan penganalisis global Oxford Economics, didapati Filipina, Peru, Colombia dan Sepanyol adalah ekonomi yang paling terdedah pada kesan parut jangka panjang.



Ini berbanding Australia, Jepun, Norway, Jerman dan Switzerland, yang lebih mampu menangani situasi.



"Dunia mengambil masa untuk kembali pada tahap pra-Covid-19. Kesan pandemik ini tidak akan kembalikan kebanyakan negara kepada situasi mereka sebelum ini. Keadaan akan menjadi sangat berbeza," kata ketua pakar ekonomi Bank Dunia, Dr Carmen Reinhart.



Tidak semua negara terjejas secara saksama. Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) akur bahawa ekonomi maju kurang terjejas manakala negara berpendapatan rendah lebih merasakan tempias pandemik ini. Ia berbeza daripada kemelesetan ekonomi 2009 di mana negara kaya lebih terjejas.



Bank Dunia juga memberi amaran dalam laporannya pada Januari lalu bahawa seandainya langkah memperbetulkan situasi tidak diambil segera, akan wujudlah kekecewaan dari segi pertumbuhan ekonomi selama sedekad.



Profesor Arthi berkata, jika langkah penggubal dasar yang tepat diambil khususnya dalam aspek melatih semula kemahiran pekerja dan membantu mereka yang paling teruk terjejas oleh krisis ini, tempoh 10 tahun mendatang tidak akan membawa kekecewaan.



Ketua ahli ekonomi Citigroup, Dr Catherine Mann berkata salah satu cara ialah menggalak dasar yang menjana insentif buat bisnes mengorak langkah inovatif dan melabur khususnya dalam perubahan iklim ini. - Agensi berita.




"Dunia mengambil masa untuk kembali pada tahap pra-Covid-19. Kesan pandemik ini tidak akan kembalikan kebanyakan negara kepada situasi mereka sebelum ini. Keadaan akan menjadi sangat berbeza."
- Dr Carmen Reinhart, ketua pakar ekonomi Bank Dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >