Covid-19 boleh berakhir dalam setahun: Ketua Moderna, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:48
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:53
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Covid-19 boleh berakhir dalam setahun: Ketua Moderna

Sep 24, 2021 | 05:30 AM

ZURICH: Ketua eksekutif syarikat yang menghasilkan vaksin Covid-19 Moderna, Encik Stephane Bancel, berkata pandemik ini boleh berakhir dalam setahun akan datang kerana penghasilan vaksin yang dipertingkat memenuhi permintaan sedunia.

Beliau memberitahu akhbar Neue Zuercher Zeitung di Switzerland: "Jika anda melihat peluasan penghasilan di seluruh industri sepanjang enam bulan lalu, dos mencukupi bagi semua orang di Bumi dapat dihasilkan menjelang pertengahan tahun depan. Dos penggalak (booster) juga boleh dihasilkan mengikut permintaan."

Beliau juga berkata vaksin bagi bayi akan ditawarkan tidak lama lagi.

"Mereka yang tidak mendapatkan vaksin akan membina daya tahan secara semula jadi kerana varian Delta (virus Covid-19) begitu mudah menular. Dengan cara ini, kita semua akan hidup bersama virus ini, serupa kita hidup bersama selesema.

"Anda boleh memilih mendapatkan vaksin dan menikmati hidup atau tidak divaksin dan menanggung risiko jatuh sakit dan mungkin dimasukkan ke hospital," ujar Encik Bancel.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Ditanya apakah beliau menjangka kehidupan kembali sedia kala pada separuh kedua tahun depan, Encik Bancel berkata: "Buat masa ini, saya menjangka ia berlaku dalam setahun."

Beliau juga menjangka pemerintah meluluskan suntikan penggalak bagi mereka yang telah divaksin kerana orang menanggung risiko lebih tinggi dan divaksin lebih awal kini memerlukan suntikan tambahan.

Suntikan penggalak Moderna ialah separuh dos vaksin asal, bermakna lebih banyak dos boleh dihasilkan dalam masa sama, katanya.

Ini bermana Moderna boleh menyediakan tiga bilion dos penggalak di serata dunia bagi tahun depan. - Agensi berita.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map