Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Brazil hadapi jumlah korban harian tertinggi

May 20, 2020 | 2:10 PM
SIAP SEDIA: Anggota tentera Brazil dalam rakaman gambar 14 Mei lalu dilihat memakai pakaian pelindung diri bagi membasmi kuman di rumah tumpangan warga tua dan pesakit yang mengalami gangguan mental di Stella Maris Complex yang diuruskan oleh Dewan Bandaraya Rio de Janeiro. Brazil alami jumlah korban harian tertinggi semalam, dengan 1,179 pesakit meninggal dunia.
SIAP SEDIA: Anggota tentera Brazil dalam rakaman gambar 14 Mei lalu dilihat memakai pakaian pelindung diri bagi membasmi kuman di rumah tumpangan warga tua dan pesakit yang mengalami gangguan mental di Stella Maris Complex yang diuruskan oleh Dewan Bandaraya Rio de Janeiro. Brazil alami jumlah korban harian tertinggi semalam, dengan 1,179 pesakit meninggal dunia. - - Foto: REUTERS

RIO DE JANEIRO: Jumlah kematian harian Brazil akibat koronavirus melonjak ke paras 1,179 orang semalam sedang Presiden, Encik Jair Bolsonaro, melipatgandakan klorokuin sebagai ubat yang mungkin boleh menjadi penawar dan pemimpin AS Donald Trump mengatakan dia sedang mempertimbangkan larangan perjalanan dari Brazil.

Angka harian tertinggi sebelum ini adalah 881 kematian pada 12 Mei lalu.

Wabak ini telah membunuh sekurang-kurangnya 17,971 orang di Brazil, menurut Kementerian Kesihatan.

Brazil mengatasi Britain pada Isnin lalu untuk menjadi negara ketiga dengan jumlah jangkitan tertinggi yang disahkan, di belakang Rusia dan Amerika Syarikat.

Kes yang disahkan di Brazil juga meningkat dengan catatan 17,408 pada hari Selasa, untuk sejumlah 271,628 orang yang telah positif positif virus tersebut.

Encik Bolsonaro, sekutu ideologi Trump, telah dikritik atas caranya menangani wabak itu, seperti menentang sekatan pergerakan yang dilihatnya terlalu merosakkan ekonomi.

Encik Bolsonaro berkata, Menteri Kesihatan Sementara, Encik Eduardo Pazuello, akan mengeluarkan garis panduan baru hari ini bagi memperluas penggunaan klorokuin - ubat anti-malaria yang disyorkan yang dikatakan dapat merawat koronavirus.

Dua doktor terlatih telah mengundurkan diri sebagai Menteri Kesihatan sejak sebulan lalu kerana Encik Bolsonaro menentang nasihat pakar kesihatan awam. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg