Covid-19: Britain beri amaran laksana jarak selamat lebih ketat jika awam terus enggan patuh
Covid-19: Britain beri amaran laksana jarak selamat lebih ketat jika awam terus enggan patuh
Apr 6, 2020 | 12:44 AM
-
LONDON: Setiausaha Kesihatan Britain Matt Hancock, pada Ahad (5 April) memberi amaran bahawa pemerintah boleh melarang awam daripada besar di luar jika mereka terus melanggar garis panduan ketat yang bertujuan menyekat penularan koronavirus di negara itu.
Hujung minggu yang panas ini telah mencetus keprihatinan di negara itu bahawa penduduknya akan berhimpun di taman dan ruang terbuka, yang berkemungkinan menambah jangkitan, pada permulaan minggu tiga sekatan pergerakan di negara itu.
Sebuah taman utama di selatan London ditutup pada Ahad, menyusuli aduan ada bilangan orang yang terlalu ramai pada hari sebelumnya. - Reuters.

