Covid-19: AS, China dan Russia tegang urat sedang PBB bimbang
Premium
Covid-19: AS, China dan Russia tegang urat sedang PBB bimbang
Sep 26, 2020 | 5:30 AM
-
NEW YORK: Amerika Syarikat, China dan Russia bertelingkah semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai pandemik koronavirus kelmarin, setelah Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres, memberi amaran kepada majlis itu bahawa jika krisis iklim ditangani dengan "perpecahan dan kekacauan" sama seperti dalam usaha menangani Covid-19, maka "saya amat bimbang", katanya.
Encik Guterres berkata penularan koronavirus Covid-19 tidak terkawal dengan jumlah kematian sedunia menghampiri satu juta, sementara lebih 30 juta orang dijangkiti.

