Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19 di Brazil: Angka kematian cecah setengah juta, namun ramai penduduk hanya mahu vaksin Pfizer

Jun 20, 2021 | 02:47 PM



SAO PAULO: Angka kematian Covid-19 di Brazil mencecah jumlah mengerikan sebanyak setengah juta pada Sabtu (19 Jun), di tangga kedua dunia selepas Amerika Syarikat yang mula menampakkan beberapa tanda pemulihan.



Sungguhpun begitu, penduduk negara ini menangkis vaksin yang mereka percayai lebih rendah mutunya daripada vaksin dari Pfizer Inc. yang payah diperolehi. 



Agensi berita melaporkan, di Sao Paulo, penduduk mula meminta suntikan vaksin dari syarikat Amerika itu di klinik awam. Jika bekalan tiada, mereka enggan mengambil vaksin jenama lain.



Beberapa pusat jagaan kesihatan malah perlu meletakkan papan tanda dengan pesanan “Tiada suntikan Pfizer” bagi menjimat masa menjelaskannya kepada pengunjung yang datang.



Banyak pusat vaksinasi pula terbiar kosong dengan beberapa pusat yang mempunyai bekalan vaksin Pfizer dibanjiri pengunjung yang beratur panjang.



Cik Maressa Tavares, guru berusia 29 tahun, sepatutnya mendapat suntikannya dua minggu lalu di Rio de Janeiro. Namun, atas pemintaan bapanya, beliau sanggup menanti suntikan vaksin Pfizer.



“Bagi saya, tak ada banyak perbezaan vaksin mana yang ingin diambil tetapi bapa saya mempunyai kepercayaan yang kuat hanya Pfizer membantu,” jelasnya.



Keengganan sedemikian benar-benar menghambat kempen vaksinasi di Brazil yang sudah dibebani dengan masalah kekurangan vaksin dan kelewatan bekalan.



Kegagalan mengawal penyakit ini bukan sahaja akan membahayakan masyarakat Brazil dengan kadar kematian sekitar 2,000 orang setiap hari, tetapi turut mengancam kebangkitan semula wabak Covid-19 di peringkat sejagat jika negara dengan 213 juta penduduk ini menjadi tapak pembiakan strain baru virus ini. 



Vaksin Sinovac dari China dan AstraZeneca dari England membentuk sekitar 96 peratus dos suntikan yang tersedia di negara ini berbanding hanya empat peratus dos suntikan vaksin Pfizer, jelas data pemerintah Brazil.



“500,000 nyawa yang terkorban akibat pandemik ini menjejas Brazil dan serata dunia.

“Saya berusaha tanpa penat lelah dalam memastikan semua warga Brazil menjalani vaksinasi secepatnya dan bertekad mengubah senario yang membelenggu kita selama lebih setahun ini,” kata Menteri Kesihatan Brazil, Encik Marcelo Queiroga dalam pesanan Twitternya.



Sedang doktor mengatakan penduduk harus mengambil apa jua vaksin yang ada, CoronaVac, vaksin Sinovac didapati mempunyai kadar keberkesanan yang lebih rendah daripada vaksin lain.



Presiden Brazil, Encik Jair Bolsonaro, turut membidas asal-usul vaksin ini dan awalnya enggan membelinya.



Vaksin AstraZeneca pula terjejas penggunaannya serata dunia apabila beberapa kes melibatkan kesan sampingan dan darah beku yang jarang melanda dilaporkan.



Vaksin ini juga masih menanti pengesahan untuk digunakan di Amerika.



“Mulanya, orang takut nak dapatkan CoronoVac kerana ia buatan China, kini AstraZeneca pula sebab kesan reaksinya,” kata Encik Luiz Carlos de Souza e Silva, seorang jururawat yang membantu menyuntik vaksin di klinik awam di Rio de Janeiro.



Menurutya lagi, orang ramai benar-benar mendapat maklumat yang salah manakala pemerintah pula mengambil masa terlalu lama bagi membentangkan pelan vaksinasi, lantas mewujudkan terlalu banyak rasa takut. 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >