Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19 di Indonesia: Kekhuatiran kes jangkitan bertambah bila ramai cuti balik kampung

Oct 25, 2020 | 9:14 PM
KEKHUATIRAN TERASA: Menteri Pengangkutan Indonesia, Encik Budi Kareya Sumadi menjangkakan penghijrahan besar-besaran atau pulangnya penduduk ke kampung masing-masing apabila bermulanya cuti lima hari pada Rabu ini (28 Oktober) sempena sambutan Maulidur Rasul di Indonesia.Ini antara kekhuatiran yang dirasakan seandainya jumlah jangkitan baru Covid-19 bertambah. Foto hiasan ini dirakam di Surabaya dengan mural yang menggalak orang ramai menggunakan pelitup muka dipaparkan. - Foto AFP
KEKHUATIRAN TERASA: Menteri Pengangkutan Indonesia, Encik Budi Kareya Sumadi menjangkakan penghijrahan besar-besaran atau pulangnya penduduk ke kampung masing-masing apabila bermulanya cuti lima hari pada Rabu ini (28 Oktober) sempena sambutan Maulidur Rasul di Indonesia.Ini antara kekhuatiran yang dirasakan seandainya jumlah jangkitan baru Covid-19 bertambah. Foto hiasan ini dirakam di Surabaya dengan mural yang menggalak orang ramai menggunakan pelitup muka dipaparkan. - Foto AFP -

JAKARTA: Indonesia khuatir bilangan kes jangkitan baru Covid-19 akan bertambah menyusuli cuti panjang hujung minggu ini sempena sambutan Maulidur Rasul.

Sambutan tersebut lazimnya menyaksikan kebanyakan penduduk melancong atau pulang ke kampung.

Cuti lima hari yang diputuskan pihak berkuasa negara itu berlangsung di Indonesia mulai Rabu (28 Oktober) hingga 1 November ini.

Bagi memastikan langkah berjaga-jaga dikuatkuasa, pusat pemeriksaan disediakan di beberapa kawasan sempadan bagi menyaring penduduk yang melancong dengan kereta sendiri.

Menteri Pengangkutan Indonesia, Encik Budi Karya Sumadi, menjangkakan Rabu ini (28 Oktober) akan menyaksikan penghijrahan besar-besaran susulan bermulanya cuti.

Pihaknya, justeru itu, meminta orang ramai agar mengelakkan keluar pada hari terbabit jika tidak perlu.

Menurutnya, pasukan petugas mitigasi Covid-19 turut meminta semua pengendali pelancong agar menghadkan hanya 50 peratus saja tampungan kemasukan di semua pusat pelancongan bagi membolehkan penjarakan fizikal dipatuhi.

"Orang ramai juga diminta untuk mengurangkan perhimpunan dalam kalangan keluarga atau mengadakan majlis keramaian bagi mengelakkan kewujudan kelompok baru," katanya.

Sebelum ini, Presiden Indonesia, Joko Widodo, mengarahkan pihak berkuasa mengambil langkah menangani peningkatan kes Covid-19 sepanjang musim cuti panjang khususnya di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai.

Berdasarkan perangkaan terkini, Indonesia mencatat 385,980 kes jangkitan Covid-19 dengan 13,205 kematian. Ia kekal sebagai negara Asia Tenggara paling terjejas kerana virus ini. - Agensi Berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg