Covid-19 di M'sia: 20,889 kes baru, menjadikan jumlah kes menyeluruh kini 1.2 juta

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19 di M'sia: 20,889 kes baru, menjadikan jumlah kes menyeluruh kini 1.2 juta

Aug 6, 2021 | 5:17 PM

Covid-19 di M'sia: 20,889 kes baru, menjadikan jumlah kes menyeluruh kini 1.2 juta

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Foto EPA-EFE/AHMAD YUSNI
Foto EPA-EFE/AHMAD YUSNI -

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan Covid-19 di Malaysia kekal pada paras 20,000 kes dengan 20,889 kes dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu pada Jumaat (6 Ogos).

Jumlah kes baru ini merupakan angka tertinggi sejak pandemik itu bermula lebih setahun lalu.

Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan menerusi laman Twitternya, dengan kes baru ini ia menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah sebanyak 1,224,595 kes.

Selangor terus menjadi penyumbang kes jangkitan harian tertinggi dengan 8,792 kes.

Ini diikuti Kuala Lumpur; 2,483, Kedah 1,371, Johor; 1,275 kes, Sabah; 1,291 kes, Negeri Sembilan; 986 kes dan Kelantan; 938 kes. - Astro Awani

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg