PUTRAJAYA: Kes jangkitan Covid-19 baru di Malaysia bagi tempoh 24 jam mencecah 5,812 kes.

Angkanya kekal melebihi 5,000 kes bagi tiga hari berturut-turut, menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 722,659 kes, lapor laman Berita Harian Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal mencatatkan tambahan kes harian tertinggi dengan 2,187 kes.

Katanya, ia diikuti Kuala Lumpur sebanyak 771 kes, Sarawak (673), Negeri Sembilan (658), Melaka (223), Johor (196), Kedah (186) dan Sabah (156).

"Hanya Perlis tidak mencatatkan sebarang tambahan kes hari ini," katanya dalam pos Facebook pada Jumaat - Berita Harian Malaysia