Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19 di M'sia: Kadar tak patuh SOP masih tinggi

Nov 4, 2020 | 8:39 PM
LANGKAH BERJAGA-JAGA DIAMALKAN: Seorang pekerja membersihkan taman kanak-kanak di Kuala Lumpur ini dengan semburan disinfektan secara terperinci. Sungguhpun begitu kadar ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih di tahap tinggi. - Foto REUTERS
LANGKAH BERJAGA-JAGA DIAMALKAN: Seorang pekerja membersihkan taman kanak-kanak di Kuala Lumpur ini dengan semburan disinfektan secara terperinci. Sungguhpun begitu kadar ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih di tahap tinggi. - Foto REUTERS -

KUALA LUMPUR: Kadar ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) direkodkan masih berada pada tahap tinggi.

Menurut laporan Berita Harian Malaysia, bilangan tangkapan dan kompaun harian oleh pasukan petugas khas operasi pematuhan terhadap individu engkar SOP dan peraturan PKPP berada pada lingkungan tiga angka, sejak kebelakangan ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihak penguat kuasa juga pernah menahan dan mengenakan kompaun kepada hampir 1,000 individu sehari, atas pelbagai kesalahan engkar peraturan dan pelanggaran SOP PKPP.

Sehubungan itu, katanya, semua pihak dinasihatkan supaya menjaga keselamatan diri dan keluarga dengan sentiasa mematuhi SOP dan mengamalkan kawalan kendiri pada setiap masa.

"Daripada jumlah itu, tiga kesalahan tertinggi sering dilaporkan setiap hari. Masih tidak berubah, iaitu tidak memakai pelitup muka di tempat awam, premis gagal menyediakan peralatan dan merekodkan butiran pelanggan serta gagal mematuhi penjarakan fizikal," katanya pada sidang media yang berlangsung pada Rabu (4 Oktober). - BHM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg