Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19 di M'sia: Kes harian baru kian bertambah, cecah jumlah tertinggi 7,857 kes

May 27, 2021 | 4:08 PM
KEADAAN BELUM PULIH: Seorang wanita menjalani ujian swab bagi mengenal pasti jangkitan Covid-19 di dalam kereta di Kuala Lumpur. Kes harian baru di Malaysia kini mencecah melebihi 7,000 kes. - Foto EPA-EFE/AHMAD YUSNI
KEADAAN BELUM PULIH: Seorang wanita menjalani ujian swab bagi mengenal pasti jangkitan Covid-19 di dalam kereta di Kuala Lumpur. Kes harian baru di Malaysia kini mencecah melebihi 7,000 kes. - Foto EPA-EFE/AHMAD YUSNI -

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan jumlah kes harian COVID-19 tertinggi iaitu sebanyak 7,857 kes pada Khamis (27 Mei).

Ini menyusuli laporan sebanyak 7,478 kes pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tambahan kes baru itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara itu meningkat kepada 541,224 kes.

Daripada jumlah kes yang dikesan hari ini, 2,675 daripadanya dikesan di Selangor diikuti Kelantan (754) dan Sarawak (772), kata Dr Noor Hisham dalam pautan Twitternya yang terbaru pada Khamis (27 Mei). - Astro Awani

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg