Covid-19 di M'sia: Kes harian terus turun tiga hari berturut-turut kepada 6,709 kes
Covid-19 di M'sia: Kes harian terus turun tiga hari berturut-turut kepada 6,709 kes
Oct 11, 2021 | 3:37 PM
Foto EPA-EFE/FAZRY ISMAIL -
PUTRAJAYA: Angka kes baru Covid-19 terus menunjukkan trend penurunan tiga hari berturut-turut dengan 6,709 kes dilaporkan pada Isnin (11 Oktober).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menyaksikan jumlah kumulatif individu yang dijangkiti virus berkenaan kini mencecah 2,346,303 kes.
Pada Ahad, jumlah kes baru Covid-ialah 7,373 kes berbanding 8,743 kes pada Sabtu. - Berita Harian Malaysia

