Covid-19: Doktor yang mogok di Seoul diarah kembali bertugas
Premium
Covid-19: Doktor yang mogok di Seoul diarah kembali bertugas
Aug 27, 2020 | 5:30 AM
TANGANI VIRUS: Beberapa penduduk Pulau Jeju di Korea Selatan menjalani ujian Covid-19 sedang negara itu terus berusaha mengawal penularan Covid-19. Di Seoul, mogok yang dilancarkan sekumpulan doktor memaksa lima hospital besar untuk membataskan waktu operasi mereka dan menangguhkan pembedahan operasi tidak genting, - Foto EPA-EFE -
SEOUL: Pemerintah Korea Selatan semalam memerintahkan doktor di kawasan ibu kota Seoul untuk kembali bertugas sedang kumpulan doktor itu memulakan mogok tiga hari sebagai bantahan terhadap beberapa cadangan pemerintah, termasuk mahu meningkatkan jumlah doktor untuk menangani krisis kesihatan seperti koronavirus Covid-19.
Doktor pelatih telah melakukan bantahan secara berterusan dan ribuan lagi doktor dijangka menyertai mogok yang bermula semalam.

