Topik diikuti
Pergi ke BHkuCovid-19: Filipina catat lagi 13 maut, 207 kes baru
Apr 16, 2020 | 5:41 PM
Covid-19: Filipina catat lagi 13 maut, 207 kes baru
MANILA: Kementerian Kesihatan Filipina telah melaporkan pada Khamis (16 April) bahawa lagi 13 orang telah meninggal dunia akibat virus Covid-19 dan 207 kes jangkitan baru.
Dalam satu buletin, kementerian itu berkata, jumlah kematian secara keseluruhan kini mencecah 362 orang sedang jumlah kes jangkitan pula naik kepada 5,660 orang.
Negara itu juga merupakan negara yang mempunyai jumlah kes tertinggi di rantau Asia Tenggara.
Sementara itu, 82 orang telah pulih, meningkatkan jumlah pesakit yang telah pulih kepada 435, tambah kementerian itu. - Reuters.