Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

GANGGUAN BERTERUSAN PADA PERJALANAN UDARA

Covid-19 genjotkan rancangan musim cuti warga Amerika

Lebih 1,300 penerbangan dibatal kerana kurang kakitangan
Dec 28, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON/NEW YORK: Syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS) telah membatalkan lebih 1,300 khidmat penerbangan setelah penularan Covid-19 mengakibatkan jumlah kakitangan yang boleh bertugas berkurangan, sementara beberapa kapal peleseran terpaksa membatalkan persinggahan selepas berlaku penularan di atas kapal, sekaligus menggenjotkan perancangan ribuan pengembara yang bercuti sempena perayaan Hari Natal.



Pesawat komersial telah membatalkan 1,318 khidmat penerbangan dalam lingkungan dan ke luar negara AS mulai lewat tengah hari, menurut angka di laman penjejakan pesawat, FlightAware.com.



Sekurang-kurangnya, tiga kapal peleseran terpaksa kembali ke pelabuhan tanpa membuat persinggahan yang dijadualkan selepas kes Covid-19 dikesan di atas kapal, menurut beberapa laporan media.



Keadaan yang masuk hari ketiga menimbulkan keperitan buat beberapa warga Amerika yang berlibur semasa hujung minggu sempena perayaan Krismas, yang biasanya merupakan waktu paling sibuk untuk orang ramai bercuti, namun kali ini bertembung dengan penularan pantas varian Omicron di serata negara.



Pegawai tinggi yang bertanggungjawab dalam menangani isu penyakit berjangkit di AS, Dr Anthony Fauci, memberi amaran jumlah kes di AS akan meningkat dalam beberapa hari ini dan berpotensi "mengakibatkan hospital berdepan lambakan pesakit, terutamanya di rantau yang punya ramai individu yang tidak menjalani vaksinasi".



"Ia berkemungkinan mencatat paras lebih tinggi," katanya tentang lonjakan yang didorong oleh jangkitan varian Omicron, sedang Presiden Joe Biden minggu lalu mengumumkan tindakan baru yang bertujuan membendung gelombang penularan dan terus menggesa agar vaksinasi dan strategi pencegahan lain diperhebat.



Syarikat United Airlines dalam satu kenyataan menjelaskan lonjakan jangkitan Omicron di AS sepanjang minggu ini, memberikan kesan langsung terhadap kakitangannya dan pihak yang terbabit dalam operasi syarikat itu.



"Akibatnya, kami terpaksa membatalkan beberapa penerbangan, dan sedang memaklumkan perkara itu kepada pelanggan yang terkesan sebelum mereka datang ke lapangan terbang," katanya, sambil memberitahu pihak syarikat sedang berusaha membuat penjadualan semula penerbangan terbabit.



Syarikat Delta pula terpaksa membatalkan sekurang-kurangnya 166 penerbangan selepas 'mengusahakan segala pilihan dan sumber yang ada' - termasuk mengubah haluan serta menggantikan pesawat dan kru bagi menampung penerbangan yang dijadualkan.



"Kami memohon maaf kepada pelanggan atas keadaan yang menyebabkan perancangan perjalanan mereka sempena musim cuti ini tertangguh," katanya.



Sementara itu, lebih 5,700 penerbangan dibatalkan di seluruh dunia, semalam, dan ribuan lagi ditangguhkan susulan lonjakan penularan Covid-19 yang dipacu varian Omicron, sehingga menjejaskan perjalanan sempena musim percutian ketika ini.



Malah, berdasarkan maklumat laman web Flightaware.com, sejumlah 2,325 penerbangan dibatalkan di seluruh dunia pada Hari Natal sahaja manakala lebih 8,000 lagi ditangguhkan.



Ramai juruterbang, kru penerbangan dan kakitangan lain dilaporkan tidak sihat atau terpaksa menjalani kuarantin selepas terdedah kepada Covid-19. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >