Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: India dahului Italy sedang kes jangkitan meningkat

Jun 6, 2020 | 6:10 PM
Sekatan di India akan dilaksanakan mulai 8 Jun tetapi beberapa pakar bimbang ia terlalu awal.
Sekatan di India akan dilaksanakan mulai 8 Jun tetapi beberapa pakar bimbang ia terlalu awal. - AFP

India melaporkan sebanyak 9,887 kes koronavirus baru hari ini (6 Jun), iaitu jumlah rekod kes jangkitan dalam sehari.

Negara itu sekali gus mendahului Italy sebagai penularan keenam terbesar di dunia, dua hari sebelum pelonggaran sekatan dilaksanakan dengan pembukaan semula pusat beli-belah, restoran dan rumah ibadah.

Dengan jumlah kes keseluruhan meningkat kepada lebih 236,000, India kini mempunyai jumlah jangkitan yang berkurangan daripada hanya Amerika Syarikat, Brazil, Russia, Britain dan Sepanyol, menurut laporan Reuters.

Tetapi jumlah kematian akibat Covid-19 di India yang mencapai 6,642, masih dianggap rendah berbanding dengan negara-negara tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg