Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: India sediakan $376.8b bagi dorong ekonomi

May 13, 2020 | 11:45 AM
UCAPAN PERDANA MENTERI INDIA: Warga menyaksikan ucapan Encik Narendra Modi kepada seluruh negara menerusi siaran televisyen setelah negara itu melaksanakan perintah berkurung serata negara bagi membendung penularan Covid-19 di Siliguri, semalam.
UCAPAN PERDANA MENTERI INDIA: Warga menyaksikan ucapan Encik Narendra Modi kepada seluruh negara menerusi siaran televisyen setelah negara itu melaksanakan perintah berkurung serata negara bagi membendung penularan Covid-19 di Siliguri, semalam. - - Foto: AFP

NEW DELHI: Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, semalam mengumumkan India akan memberikan 20 trilion rupee ($376.8 bilion) dalam bentuk fiskal dan langkah kewangan untuk menyokong ekonomi teruk terjejas akibat perintah berkurung selama beberapa minggu bagi membendung penularan koronavirus.

India mempunyai lebih daripada 70,000 kes di antara 1.3 bilion penduduknya dan dijangka akan mengatasi China, yang menjadi penyebab wabaknya, dalam masa seminggu.

Encik Modi berkata, perintah duduk di rumah akan diperpanjang melebihi 17 Mei dengan satu set peraturan baru.

Dalam ucapannya kepada negara, dia mengatakan pakej rangsangan ekonomi itu setara dengan 10% daripada hasil dalam negeri kasar India, dan bertujuan membantu pekerja dan syarikat yang terjejas.

Pada Mac lalu, pemerintah India mengatakan ia telah memperuntuk sekitar 1.7 trilion rupee ($3.68 bilion) dalam bentuk pemindahan tunai langsung dan langkah-langkah keselamatan makanan, terutama untuk orang miskin, tetapi dituduh secara meluas melakukan terlalu sedikit.

Encik Modi berkata perincian pakej baru, selain pembaharuan pada pasaran tanah dan tenaga buruh, akan dikeluarkan dalam beberapa hari:

"Pakej ini juga akan menumpukan pada tanah, tenaga kerja, kecairan dan undang-undang. Ini akan memenuhi pelbagai bahagian termasuk industri pondok, perusahaan sederhana dan kecil, buruh, kelas menengah, industri, dan lain-lain." - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg