Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19: Indonesia, Malaysia catat rekod kes harian tertinggi

Jan 30, 2021 | 09:09 PM



KUALA LUMPUR/JAKARTA: Kedua-dua Indonesia dan Malaysia mencatat rekod jumlah kes Covid-19 harian tertinggi pada Sabtu (30 Januari).



Indonesia melaporkan 14,518 kes baru, membawa pada jumlah keseluruhan kes mencecah lebih 1.06 juta, bilangan tertinggi di Asia Tenggara.



Pasukan bertindak negara ini juga melaporkan 210 kematian, menjadikan jumlah kematian keseluruhannya dalam pandemik koronavirus sejauh ini mencecah 29,728 kes.



Dalam pada itu, Malaysia ini melaporkan peningkatan kes koronavirus harian terbesar buat dua hari berturut-turut dengan 5,728 kes jangkitan pada Sabtu (30 Januari).



Jumlah kes baru ini membawa pada jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di Malaysia mencecah 209,661 kes. Malaysia melaporkan 5,725 kes pada Jumaat (29 Januari).



Kementerian Kesihatan  Malaysia juga melaporkan 13 kematian baru, menjadikan jumlah kematian kerana pandemik ini menjadi 746 kes.



Indonesia, sementara itu, telah menjalankan vaksinasi ke atas sekitar 250,000 pekerja jagaan kesihatan yang mendapatkan suntikan pertama sejak program ini bermula dua minggu lalu.



Pemerintah Indonesia menetapkan sasaran bilangan yang mendapatkan suntikan vaksin ini akan bertambah antara 900,000 dengan 1 juta sehari.



Malaysia pula dijadualkan memulakan program vaksinasi pada penghujung bulan depan. - Reuters



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >