Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

COVID-19: Kes sedunia cecah lebih 4 juta

May 10, 2020 | 9:40 AM
UJIAN SWAB: Seorang jururawat dari Hospital Universiti North Shore di New York melakukan ujian swab. Amerika Syarikat menjadi negara di dunia yang teruk terjejas dengan penularan Covid-19.
UJIAN SWAB: Seorang jururawat dari Hospital Universiti North Shore di New York melakukan ujian swab. Amerika Syarikat menjadi negara di dunia yang teruk terjejas dengan penularan Covid-19. - - Foto Reuters

PARIS: Jumlah kes koronavirus novel yang dicatatkan di seluruh dunia kini menjangkaui empat juta, menurut penghitungan AFP berdasarkan sumber rasmi, yang dilaporkan hari ini (10 Mei).

Sehingga kini, terdapat sekurang-kurangnya 4,001,437 kes jangkitan wabak Covid-19 di seluruh dunia, dengan 277,127 kematian.

Amerika Syarikat menjadi negara yang teruk terjejas dengan 1,305,544 kes dan 78,618 kematian.

Eropah pula menjadi benua yang paling terjejas dengan 1,708,648 kes dan 155,074 kematian.

Perhitungan AFP, yang menggunakan data yang dikumpulkan dari pihak berkuasa nasional dan maklumat dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mungkin hanya mencerminkan sebilangan kecil dari jumlah jangkitan yang sebenarnya.

Sebilangan besar negara hanya menguji kes yang paling serius. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg