Covid-19: Korea Selatan sahkan 174 kes baru
Mar 7, 2020 | 12:51 PM
BASMI KUMAN: Tentera berpakaian sut perlindungan menyembur bahan basmi kuman di Lapangan Terbang Antarabangsa Daegu pada 6 Mac 2020. - Foto: AFP
SEOUL: Korea Selatan pada hari Sabtu (7 Mac) melaporkan 174 kes koronavirus baru, membawa jumlah di negara itu kepada 6,767, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC). Jumlah kematian kekal tidak berubah pada jumlah 44 pada hari Jumaat, kata KCDC. Virus Covid-19 telah merebak ke lebih 90 negara, menjangkiti lebih 100,000 orang dan membunuh lebih 3,400 orang di seluruh dunia. Korea Selatan mempunyai kes tertinggi yang disahkan di luar China, menyebabkan hampir 100 negara mengenakan sekatan terhadap pengunjung dari Korea Selatan. - Reuters

