Topik diikuti
Pergi ke BHkuCovid-19: Lebih 470j kes, 6j korban di seluruh dunia

Covid-19: Lebih 470j kes, 6j korban di seluruh dunia
NEW YORK: Kes jangkitan Covid-19 seluruh dunia meningkat kepada lebih 470 juta semalam, selepas 1.47 kes baru dikesan dalam tempoh 24 jam sebelumnya.
Data terbaru Universiti Johns Hopkins menunjukkan Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes. Ia diikuti India dan Brazil, masing-masing merekodkan lebih 43 juta dan 29 juta kes.
Perancis menghadapi lebih 24 juta kes, sementara United Kingdom (UK) lebih 20 juta, Jerman dan Russia lebih 17 juta, manakala Turkey, Italy dan Sepanyol merekodkan lebih 10 juta kes.
Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes tertinggi lebih 5.9 juta, diikuti Malaysia 3.9 juta, Filipina 3.6 juta dan Thailand 3.3 juta kes.
Singapura telah melebihi sejuta kes.
Sementara itu, berdasarkan data universiti tersebut, pertambahan lebih 3,000 kes korban direkodkan dalam 24 jam hingga semalam.
Ini menjadikan kematian akibat Covid-19 berjumlah lebih 6.07 juta kes di seluruh dunia.
Amerika merekodkan jumlah kematian tertinggi lebih 971,000 jiwa, diikuti Brazil dengan lebih 657,000 kematian, India lebih 516,000 kematian dan Russia lebih 357,000 kematian.
Mexico mencatat lebih 322,000 kematian, sementara UK, Italy, Perancis, Jerman dan Sepanyol masing-masing lebih 100,000 kematian.
Di Asia Tenggara, Indonesia mengalami paling banyak kematian Covid-19 dengan lebih 153,000 kes. Filipina kedua tertinggi dengan lebih 58,000 kematian, sementara Malaysia ketiga dengan 34,000 kes. Lebih 24,000 kematian berlaku di Thailand. - Agensi berita.