Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19 'mengganas' di desa India dengan mayat ditanam di kubur cetek, dihumban dalam sungai

May 15, 2021 | 12:15 PM



UNNAO, INDIA: Jangkitan koronavirus 'mengganas' di kawasan pedalaman India dengan beberapa mayat pesakit kelihatan ditanam dalam kubur cetek atau dibiar hanyut dalam sungai.



Golongan yang sakit dan miskin pula tiada harapan lain kecuali bergantung pada rawatan herba dan doktor amatur.



Ketika dihubungi agensi berita AFP, Encik Kidwai Ahmad daripada perkampungan Sadullahpur di Uttar Pradesh, berkata musibah benar-benar berlaku di depan matanya dengan ramai penduduk mati di sana sini sekitar kejiranannya.



"Kemiskinan melarat di sini sehinggakan penduduk yang terjejas tidak mampu menanggung kos membakar mayat keluarga tersayang. Mereka biasanya akan mengikat batu besar pada mayat berkenaan dan humban sahaja tubuh itu ke dalam sungai.



"Yang lain tak kisah pun dan biarkan sahaja mayat itu hanyut tanpa mengikat batu padanya. Ia sudah menjadi amalan biasa. Ada juga beberapa orang yang menanam mayat itu dalam kubur cetek tanpa menghiraukan ia mungkin dimakan gagak atau anjing," ujar Encik Ahmad.



Sejak sebulan lalu, tiada pasukan perubatan berkunjung ke desa itu.



Golongan yang sakit duduk sahaja di rumah sambil makan ubat herba. Kalau pun mereka dapat berkunjung ke klinik, di situ kekurangan katil, ubat dan oksigen.



"Masyarakat di desa ini terbiar mati. Inilah yang tidak ramai ketahui," jelasnya.



Lebih 100 mayat didapati dihanyutkan di tebing sungai Ganges sejak beberapa hari lalu, memberikan gambaran keadaan yang tidak menentu di India.



Di wilayah Unnao di Uttar Pradesh, puluhan mangsa jangkitan yang mati ditanam di kubur pasir yang cetek di pinggir sungai.



Pihak berkuasa India mengumumkan pada Jumaat (14 Mei), ia akan menghantar pegawai polis ke pinggir sungai itu bagi menghentikan mereka daripada membuang mayat di situ.



Penduduk tempatan pula berkata tidak cukup kayu api bagi membangun unggun bakar mayat bererti mereka terdesak menghumban mayat pesakit itu ke dalam sungai. Namun, pihak berkuasa menafikan wujud kekurangan bekalan kayu api. 



Pemerintah Uttar Pradesh pula menegaskan ia menjalankan kempen agresif dan tidak henti-henti bagi menjejak, menguji dan merawat pesakit Covid-19.



Sungguhpun begitu, pegawai pemerintah, Encik Vinod Pandey, 45 tahun, yang sedang pulih daripada Covid-19 dan menetap di kawasan Bhadodi, berkata prasarana kesihatan setempat dalam keadaan huru-hara.



Sedang desanya melihat dua atau tiga kematian, di kawasan kejiranan pula, sekitar 12 orang mati dengan penduduk kampung lain dalam keadaan sakit. - AFP



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >