Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: M'sia catat kes harian terendah sejak 12 Mac

Apr 28, 2020 | 5:12 PM
PENULARAN VIRUS: Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah, hingga jam 12 tengah hari tadi, terdapat 31 jangkitan baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,851 kes.
PENULARAN VIRUS: Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah, hingga jam 12 tengah hari tadi, terdapat 31 jangkitan baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,851 kes. - - Foto: BHM

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan 31 lagi kes Covid-19, iaitu angka harian paling rendah sejak 12 Mac lalu yang mencatat sembilan kes.

Ini menjadikan jumlah jangkitan yang direkodkan di Malaysia ialah sebanyak 5,851 kes.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah, turut memaklumkan bahawa satu lagi kematian akibat Covid-19 turut dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat wabak itu di negara ini ialah sebanyak 100 kes kematian.

Dalam pada itu, seramai 75 pesakit Covid-19 direkodkan sembuh, hari ini, iaitu dua kali ganda berbanding bilangan kes jangkitan baharu.

Datuk Dr Noor Hisham berkata, pertambahan bilangan pesakit sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang itu menjadikan jumlah kumulatifnya mencecah 4,032 kes, setakat ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg