Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: M'sia tingkat keupayaan pemeriksaan, siap sedia untuk 'senario paling teruk'

Mar 24, 2020 | 3:39 PM
PEMERIKSAAN DIPERLUAS: Beberapa pekerja kesihatan dengan alat pelindung peribadi sedang bertugas di satu perkhemahan yang ditubuhkan sebagai pusat pemeriksaan di satu klinik di Kuala Lumpur pada 23 Mac 2020. - Foto REUTERS.
PEMERIKSAAN DIPERLUAS: Beberapa pekerja kesihatan dengan alat pelindung peribadi sedang bertugas di satu perkhemahan yang ditubuhkan sebagai pusat pemeriksaan di satu klinik di Kuala Lumpur pada 23 Mac 2020. - Foto REUTERS. -

KUALA LUMPUR: Malaysia, yang mempunyai jumlah jangkitan tertinggi di rantau Asia Tenggara, kini telah memperluas pemeriksaan bagi mengenal pasti jangkitan koronavirus sedang ia bersiap sedia untuk "senario teruk," kata seorang pegawai kanan kementerian kesihatan.

Sejauh ini, jumlah jangkitan virus itu di Malaysia telah berlipat ganda sebanyak enam kali dalam tempoh sepuluh hari dan ia kini mempunyai lebih 1,500 kes jangkitan, jumlah tertinggi di belakang China, Korea Selatan dan Jepun di Asia.

Sebelum akhir minggu ini, Malaysia akan meningkatkan keupayaan bagi pemeriksaan virus itu sebanyak dua kali kepada 7,000 pemeriksaan, kata Ketua pengarah Kementerian kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah.

"Kami sedang bersiap sedia untuk senario paling teruk, namun kami berharap yang terbaik (buat Malaysia)," tambah beliau, sambil menambah bahawa negara itu akan turut meningkatkan lagi keupayaan pemeriksaan itu kepada 16,500 sebelum minggu pertama bulan depan. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg