Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Covid-19: M'sia usul SOP lebih ketat rentas daerah, negeri

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Covid-19: M'sia usul SOP lebih ketat rentas daerah, negeri

SOP
Jan 09, 2021 | 09:14 PM

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan Malaysia mencadangkan prosedur piawaian operasi (SOP) lebih ketat termasuk mengehadkan rentas daerah dan negeri susulan peningkatan penularan wabak Covid-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata menerusi data yang diteliti kementerian itu peningkatan mendadak penularan wabak Covid-19 kebelakangan ini membabitkan kes rentas daerah dan negeri.

Katanya, peningkatan kes dalam masyarakat berlaku, terutama apabila rentas negeri dan daerah dibenarkan selain majlis sosial membabitkan himpunan atau perkumpulan.

“Kementerian mendapati faktor utama kes meningkat mendadak adalah ketidakpatuhan kepada SOP yang sudah digariskan ketika pembukaan semula sektor ekonomi tempoh hari.
“Kes meningkat di kawasan padat penduduk dengan pergerakan yang mudah termasuk di Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Pulau Pinang dan Sabah.

“Kini kes jangkitan dalam masyarakat dan warga asing meningkat ke paras yang sama. Ia berlaku apabila rentas daerah dan negeri dibenarkan selain acara sosial himpunan ramai,’’ katanya, selepas majlis penyerahan projek naik taraf Pusat Pengumpulan Darah Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada Sabtu (9 Januari).

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilaporkan berkata, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan membuat pengumuman khas pada Isnin mengenai tindakan yang akan dilaksanakan berhubung situasi semasa jangkitan Covid-19 yang menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini.

Semasa memaklumkan perkara itu, Datuk Seri Ismail dilaporkan berkata kerajaan memandang serius dan sentiasa memantau situasi semasa trend peningkatan jangkitan mencatatkan empat angka bermula penghujung November 2020, sehingga rekod tertinggi kes harian Covid-19 dicatatkan dengan 3,027 kes baharu pada Jumaat.

“Kerajaan sedang memperhalusi dan menilai tindakan yang perlu diambil segera bagi mengawal penularan jangkitan Covid-19 termasuk mempertimbangkan SOP lebih ketat membabitkan sektor sosial bagi mengurangkan pergerakan dan risiko Covid-19,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Sabtu. – BHM

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3