Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19 di M'sia: Peningkatan kes harian empat angka, tertinggi sejauh ini

Oct 24, 2020 | 6:52 PM
PENINGKATAN EMPAT ANGKA: Buat pertama kali, Malaysia mencatat peningkatan kes harian empat angka pada Sabtu (24 Oktober) dengan 1,228 kes baru, tertinggi yang pernah dilaporkan sejak penularan Covid-19 di negara ini. - Foto
PENINGKATAN EMPAT ANGKA: Buat pertama kali, Malaysia mencatat peningkatan kes harian empat angka pada Sabtu (24 Oktober) dengan 1,228 kes baru, tertinggi yang pernah dilaporkan sejak penularan Covid-19 di negara ini. - Foto - Reuters

PUTRAJAYA: BUAT pertama kali, Malaysia mencatat peningkatan kes harian empat angka pada Sabtu (24 Oktober) dengan 1,228 kes baru, tertinggi yang pernah dilaporkan sejak penularan Covid-19 di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 25,742 kes.

Katanya dalam laporan Berita Harian Malaysia, Sabah kekal menyumbang peningkatan kes tertinggi pada Sabtu dengan 889 kes atau 72.4 peratus kes dicatatkan.

"Selain Sabah, negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 95 kes atau 7.7 peratus. Sabah dan Lembah Klang kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan Covid-19," katanya dalam sidang media harian COVID-19, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sehingga jam 12 tengah Sabtu terdapat 671 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif 16,551 kes atau 64.3 peratus daripada jumlah keseluruhan. - BHM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg