Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Peraturan had pergerakan lebih ketat diperlukan, kata Jokowi

Mar 30, 2020 | 4:29 PM
Encik Jokowi berkata beliau telah menerima beberapa laporan, termasuk dari gabenor Jawa Tengah dan Yogyakarta, bahawa mudik Aidilfitri telah bermula awal.
Encik Jokowi berkata beliau telah menerima beberapa laporan, termasuk dari gabenor Jawa Tengah dan Yogyakarta, bahawa mudik Aidilfitri telah bermula awal. - The Jakarta Post

JAKARTA: Presiden Joko "Jokowi" Widodo menyeru undang-undang lebih ketat untuk mencegah penyebaran Covid-19 sedang pemerintah menimbangkan dasar kuarantin tempatan yang akan membenarkan pentadbiran tempatan melarang orang ramai daripada membuat perjalanan ke dan dari kawasan masing-masing.

"Saya melihat sudah ada seruan dari gabenor kepada perantau di Jakarta Raya untuk tidak pulang ke kampung, dan ini saya minta untuk diteruskan dan dipergiatkan lagi. Tetapi bagi saya seruan seperti ini juga belum cukup. Perlu langkah yang lebih tegas untuk memutuskan rantai penyebaran Covid-19 ini," kata Encik Jokowi dalam kenyataan pengenalan di mesyuarat terhad pada Isnin (30 Mac).

Encik Jokowi berkata beliau telah menerima beberapa laporan, termasuk dari gabenor Jawa Tengah dan Yogyakarta, bahawa mudik Aidilfitri telah bermula awal, lapor The Jakarta Post.

"Pergerakan orang yang ramai sangat berisiko memperluas penyebaran COvid-19," katanya.

Beliau berkata ramai pekerja tidak formal di Jakarta Raya telah melakukan perjalanan ke wilayah Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur dan Yogyakarta sejak Jakarta mengumumkan status daruratnya.

Sepanjang lapan hari lalu, terdapat 876 bas antara-wilayah yang membawa kira-kira 14,000 penumpang dari wilayah Jakarta, tidak termasuk mereka yang menggunakan cara pengangkutan lain, tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg