DUBLIN: Perdana Menteri Ireland Leo Varadkar telah mendaftar semula sebagai doktor dan akan bekerja satu syif seminggu untuk membantu semasa krisis koronavirus, kata jurucakap bagi pejabatnya pada Ahad (5 April)
Varadkar bertugas sebagai doktor selama tujuh tahun sebelum meninggalkan jawatan itu untuk menjadi ahli politik pada 2013.
Beliau mendaftar semula ke daftar perubatan pada bulan lalu dan menawarkan khidmatnya kepada Perkhidmatan Eksekutif Kesihatan (HSE) bagi satu sesi seminggu kata jurucakapnya.
"Ramai rakan dan keluarganya bekerja dalam perkhidmatan kesihatan. Beliau ingin menghulur bantuan mana yang patut," kata jurucakap itu.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg