MIAMI: Polis di Florida telah menangkap seorang lelaki yang mengancam menembak pelanggan di sebuah pasar raya kerana beliau anggap terlalu sedikit pelanggan yang memakai pelitup.
Robert Kovner, 62 tahun, ditangkap selepas beliau menerbitkan pos di Facebook mengenai hasratnya untuk berbuat demikian di pasar raya Publix, kata polis.
"Adakah menembah sebahagian pelanggan ini di tempat meletak kereta cara berkesan untuk menyampaikan mesej ini?" kata Kovner, dalam posnya. Beliau juga berkata akan mengosongkan klip pelurunya. - Reuters.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg