Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Saintis China kesan koronavirus dalam air mani pesakit

May 9, 2020 | 10:30 AM
PENYELIDIKAN RAPI: Gambar yang dirakamkan pada 10 Mac ini menunjukkan seorang kakitangan perubatan memegang sampel dari pesakit yang dijangkiti Covid-19 koronavirus sebelum menjalani ujian asid nukleid di Hospital Palang Merah di Wuhan, ibu kota wilayah Hubei, China.
PENYELIDIKAN RAPI: Gambar yang dirakamkan pada 10 Mac ini menunjukkan seorang kakitangan perubatan memegang sampel dari pesakit yang dijangkiti Covid-19 koronavirus sebelum menjalani ujian asid nukleid di Hospital Palang Merah di Wuhan, ibu kota wilayah Hubei, China. - - Foto: AFP

WASHINGTON: Kumpulan Saintis China telah mengesan adanya koronavirus di dalam air mani lelaki yang dijangkiti wabak itu.

Namun demikian, penyelidikan lanjut perlu dilakukan bagi menentukan sama ada virus berkenaan boleh tersebar melalui hubungan seks.

Hasil daripada ujian berkenaan mendapati, bahan genetik daripada koronavirus dijumpai di dalam air mani enam pesakit yang diuji dengan empat daripadanya mengalami masalah pernafasan, manakala dua lagi sudah pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun, kumpulan penyelidik berkenaan turut mengakui ujian berkenaan membabitkan sampel saiz yang terhad. Justeru kajian lebih mendalam amat diperlukan untuk membuktikan ia benar-benar boleh tersebar melalui hubungan seks.

"Sekiranya kajian ini boleh membuktikan SARS-CoV-2 boleh tersebar secara seksual, ini bermakna hubungan seks mungkin antara bahagian kritikal bagi mengelakkan penularan virus berkenaan.

"Mengelak (daripada melakukan hubungan seks) atau menggunakan kondom mungkin antara langkah pencegahan yang boleh diambil bagi pesakit disahkan positif Covid-19," menurut kajian berkenaan.

Penemuan daripada kajian membabitkan pesakit Covid-19 di hospital di China itu diterbitkan semalam di jurnal perubatan JAMA Network Open.

COVID-19 sebelum ini diketahui boleh tersebar melalui titisan pernafasan atau kontak, selain ia juga dikesan melalui tinja, air liur dan air kencing. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg