Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Seramai 86j kekanak sedunia diancam kemiskinan akibat Covid-19

May 28, 2020 | 4:00 PM
ANCAMAN KEMISKINAN KE ATAS KANAK-KANAK: Kanak-kanak pelarian Syria berkumpul semasa gambar mereka dirakamkan di kem yang dibangunkan oleh Yayasan Bantuan Kemanusiaan Turkey (IHH) di kampung Kafr Lusin di sempadan Turkey, di wilayah barat laut Idlib, Syria, pada 10 Mac lalu.
ANCAMAN KEMISKINAN KE ATAS KANAK-KANAK: Kanak-kanak pelarian Syria berkumpul semasa gambar mereka dirakamkan di kem yang dibangunkan oleh Yayasan Bantuan Kemanusiaan Turkey (IHH) di kampung Kafr Lusin di sempadan Turkey, di wilayah barat laut Idlib, Syria, pada 10 Mac lalu. - - Foto: AFP

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan sehingga hujung tahun ini lebih 86 juta kanak-kanak akan hidup dalam kemiskinan akibat krisis ekonomi yang disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Menurut kajian bersama Pergerakan Save The Children dan Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF), jumlah kanak-kanak di seluruh dunia yang terjejas dengan kemiskinan adalah seramai 672 juta.

Ketua Pergerakan Save The Children, Cik Inger Ashing berkata, pandemik ini akan terus meningkat terutama di Eropah dan Asia Tengah berdasarkan unjuran Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

"Dengan tindakan segera dan tegas, kita mampu mencegah serta menyekat ancaman pandemik yang dihadapi negara termiskin serta kanak-kanak terbabit.

"Mereka ini rentan kepada kebuluran dan kekurangan zat makanan yang berpotensi membelenggu seumur hidup mereka," katanya.

Kedua-dua pertubuhan itu menggesa kerajaan dan pemerintah agar segera memperluas sistem keselamatan sosial dan penyediaan makanan di sekolah untuk mengehadkan kesan pandemik yang terus berlanjutan itu. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg