Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19: Shanghai catat kes terendah dalam 6 minggu

May 10, 2022 | 05:30 AM



SHANGHAI: Shanghai melaporkan kes Covid-19 paling rendah dalam lebih enam minggu, namun pengawasan terus diperketat setelah Presiden Xi Jinping mengulangi gesaannya agar diperketat dasar Sifar Covid di negara itu.



Pusat kewangan China itu melaporkan 3,947 kes kelmarin, kurang sedikit daripada 3,975 kes pada Sabtu, menurut CCTV.



Pada hujung minggu lalu, Perdana Menteri China, Encik Li Keqiang, menyuarakan amaran tentang situasi pekerjaan di bandar itu, yang disifatkan sebagai "kusut dan parah" sedang Beijing dan Shanghai mengenakan kawalan ketat terhadap penduduk demi membendung penularan Covid-19 di bandar-bandar penting di China.



Encik Li mengarahkan semua jabatan pemerintah dan wilayah di negeri itu mengutamakan langkah-langkah membantu perniagaan mengekalkan pekerjaan dan menangani kesulitan yang sedang dihadapi, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan lewat Sabtu lalu.



Kenyataan itu dibuat dalam satu sidang dalam talian yang disiarkan ke seluruh negara.



Kedua-dua Shanghai dan Beijing telah menambah lagi sekatannya ke atas penduduk Ahad lalu demi mencapai matlamat Sifar Covid.



Pihak berkuasa di pusat kewangan China itu juga meningkatkan usaha mengenakan perintah kuarantin bagi mereka yang dekat dengan orang-orang yang didapati positif jangkitan virus itu.



Mereka yang tinggal dalam bangunan sama yang disahkan positif kes Covid-19 juga menghadapi risiko dipindahkan ke pusat kuarantin, menurut beberapa penduduk yang menghebahkan berita tersebut di media sosial.



Sebelum ini, hanya orang yang tinggal dalam apartmen sama atau di lantai sama yang didapati positif dijangkiti Covid-19 disifatkan sebagai dekat dengan pesakit dan diletak di pusat kuarantin.



Di Beijing pula, pihak berkuasa kelmarin mengarahkan semua penduduk di daerah timur Chaoyang - tempat terletaknya kebanyakan kedutaan dan pejabat Apple dan Alibaba Group Holding - supaya bekerja dari rumah.



Arahan itu menyusuli satu perintah sebelumnya supaya kegiatan perniagaan tidak penting, seperti gym dan pawagam, ditutup bagi mengurangkan risiko jangkitan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >