Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19 sudah 'mendarat' di Antartika

Dec 24, 2020 | 05:30 AM



SANTIAGO (CHILE): Virus Covid-19 telah 'mendarat' di Antartika, benua terakhir yang sebelum ini bebas daripada novel koronavirus, menurut tentera Chile minggu ini, sedang pegawai kesihatan dan tentera bergegas mengerahkan kakitangan untuk keluar dari pusat penyelidikan yang jauh terpencil dan dikelilingi lautan dan bongkah ais.



Angkatan tentera Chile berkata sekurang-kurangnya 36 orang telah dijangkiti di pangkalan Bernardo O'Higgins, termasuk 26 anggota tentera dan 10 kontraktor awam yang menjalankan kerja-kerja penyenggaraan di pangkalan itu.



Kakitangan yang ditempatkan di pusat penyelidikan itu secara tetap, yang dikendalikan oleh tentera Chile, berada di penghujung semenanjung di hujung utara Antartika yang menawarkan pandangan teluk yang sering dipenuhi bongkah ais.



Kakitangan di pangkalan itu "telah diasingkan dengan sebaiknya dan sentiasa dipantau" oleh pihak berkuasa kesihatan di Magallanes, di Patagonia Chile, kata pihak tentera, dan menambah, sejauh ini tidak ada sebarang kerumitan.



Pusat penyelidikan dan ketenteraan di Antartika - antara yang paling terpencil di dunia - telah melakukan pelbagai usaha bagi membendung penularan koronavirus sejak berbulan-bulan lalu, dengan membatalkan pelancongan, mengurangkan jumlah kakitangan dan kegiatan yang dilakukan serta menutup kemudahan.



Para penyelidik dengan British Antarctic Survey menganggarkan kira-kira 1,000 orang di 38 pusat penyelidikan merentasi benua paling dingin itu telah selamat mengemudi musim dingin hemisfera selatan tanpa sebarang masalah.



Tetapi adanya perjalanan dari rantau itu semasa musim bunga dan pada awal musim panas telah meningkatkan risiko jangkitan.



Menurut pegawai media tentera berkata, kes pertama Covid-19 telah dilaporkan pada pertengahan Disember ini, apabila dua anggota tentera jatuh sakit.



Rantau Magallanes, salah sebuah kawasan paling ramai penduduk di Antartika dan merupakan tempat pelepasan bot dan pesawat yang mengarah ke benua itu, adalah antara kawasan paling teruk terjejas di Chile.



Sebahagian besar kawasan - yang mengalami tiupan angin dingin dari laut, banjaran gunung dan glasier - telah diletakkan di bawah perintah kuarantin sejak berbulan-bulan.



Tentera laut Chile melaporkan ia juga telah mengesan tiga kes Covid-19 di kalangan 208 anak kapal sebuah kapal yang belayar di rantau Antartika antara 27 November hingga 10 Disember lalu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >