Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Tiada kes baru di Wuhan beri harapan kepada dunia

Mar 21, 2020 | 3:15 PM
BERI HARAPAN: Seorang pekerja perubatan tempatan memeluk dan mengucapkan selamat tinggal kepada seorang pekerja perubatan dari Jiangsu yang ingin meninggalkan Wuhan selepas berkhidmat menangani kes Covid-19 di sana.
BERI HARAPAN: Seorang pekerja perubatan tempatan memeluk dan mengucapkan selamat tinggal kepada seorang pekerja perubatan dari Jiangsu yang ingin meninggalkan Wuhan selepas berkhidmat menangani kes Covid-19 di sana. - Foto REUTERS

GENEVA: Bandar Wuhan, ibu kota wilayah Hubei di China yang menjadi pusat wabak Covid-19, melaporkan tiada kes baru semalam (20 Mac).

Lantaran itu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) berkata ini memberi harapan kepada dunia yang sedang memerangi pandemik itu.

Wuhan melaporkan tiada kes baru dalam tempoh 24 jam buat kali pertama sejak melaporkan kes pertamanya Disember lalu.

Kini, koronavirus itu telah dijangkiti lebih 275,000 orang di seluruh dunia serta meragut nyawa lebih 11,000 orang.

Ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata:

"Wuhan memberi harapan kepada dunia bahawa situasi yang paling teruk juga boleh berubah menjadi lebih baik.

"Tentunya kita harus berhati-hati kerana keadaan boleh berubah kembali seperti sebelumnya.

"Namun, pengalaman bandar dan negara yang telah berjaya mengatasi koronavirus ini memberi harapan kepada dunia."

Secara keseluruhan, jumlah kes baru yang dilaporkan di China juga telah berkurangan berbanding sebelum ini, dan kesemuanya kes import sedang krisis itu kini telah beralih dari Asia ke Eropah, yang kini melaporkan lebih banyak kematian berbanding China. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg