Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19: WHO jamin sistem selamat, galak dunia gunakan vaksin AstraZeneca

Mar 17, 2021 | 05:30 AM



GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus kelmarin berkata bahawa sistem yang ditubuhkan untuk melindungi kesihatan orang ramai didapati berfungsi dengan baik.



Kenyataan itu dikeluarkan ekoran tindakan beberapa negara menggantung penggunaan vaksin keluaran AstraZeneca demi menyiasat kesan sampingannya.



"Hal ini tidak bermakna kejadian tersebut memiliki kaitan dengan pemvaksinan Covid-19 tetapi proses biasa adalah menyiasat.



"Siasatan menunjukkan bahawa sistem pemantauan dan pengawalan berfungsi dengan baik," ujar Dr Ghebreyesus menerusi taklimat media secara maya.



Dalam pada itu, jawatankuasa penasihat WHO dijangka menganjurkan sidang untuk membincangkan penggunaan vaksin tersebut.



Antara negara yang menggantung penggunaannya ialah Jerman, Perancis, Italy, Sepanyol dan Portugal. Langkah mereka menjejas rancangan inokulasi Kesatuan Eropah (EU).



Denmark dan Norway sudah berhenti mengedarkan vaksin itu minggu lepas setelah wujudnya kes darah beku, pendarahan atau kiraan platelet rendah.



Iceland dan Bulgaria mengikuti jejak langkah mereka sementara Iceland dan Belanda mengumumkan penggantungan Ahad lalu.



Selain negara EU, Cyprus menggantung proses inokulasi menggunakan vaksin sama.



Begitu jua halnya dengan Venezuela yang tidak akan membenarkan vaksin AstraZeneca digunakan.



Di Asia Tenggara, Indonesia bertindak menghentikan pengedarannya menyusuli siasatan yang dijalankan.



Sungguhpun demikian, WHO mengulangi bahawa tiada kematian dilaporkan akibat vaksin Covid-19.



"Kami tidak mahu orang ramai panik," ujar ketua saintis WHO, Dr Soumya Swaminathan.



Setakat ini, tidak ada kaitan ditemui antara kejadian bersifat thromboembolic (darah beku yang menyumbatkan pembuluh darah lain) dengan vaksin seperti yang dilaporkan beberapa negara.



Hal ini turut dipersetujui penolong ketua WHO bagi hal ehwal pengedaran ubat dan produk kesihatan Dr Mariangela Simao.



Beliau menambah bahawa jutaan dos vaksin AstraZeneca telah dimanfaatkan di Eropah tetapi tidak ada pula kenaikan jumlah kes darah beku sedemikian.



Penggantungan vaksin itu menjejas rancangan imunisasi sedunia yang bermatlamat mengakhiri pandemik setahun lamanya dan meragut lebih 2.6 juta nyawa. Ekonomi dunia pun runtuh akibat Covid-19.



Isu vaksin AstraZeneca menjadi tumpuan kerana hampir semua dos yang diedarkan sebagai cara menempuhi gelombang pertama skim perkongsian vaksin dunia itu bertujuan membantu negara miskin.



Sehubungan itu, Dr Simao menekankan bahawa dos yang dihasilkan di Eropah sahaja yang kini diuji dan "bukan vaksin daripada kemudahan Covax di Korea dan India".



Britain, tempat vaksin AstraZeneca dihasilkan dengan kerjasama Universiti Oxford, menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang keprihatinan.



Penghasil juga berkata penilaian data menunjukkan ketiadaan bukti risiko darah beku yang tinggi. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >