Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Cuaca panas boleh ganggu bekalan ayam jelang Aidiladha

May 23, 2023 | 05:39 PM



JOHOR BAHRU: Kira-kira 80 peratus ladang ternakan ayam di seluruh Johor didakwa terkesan akibat fenomena cuaca panas melampau ketika ini.


Kejadian itu menyebabkan tumbesaran unggas itu terganggu, sekali gus meningkatkan kebimbangan ia boleh menyebabkan kematian besar-besaran ternakan itu.

Setiausaha Persatuan Penternak Unggas (Kecil dan Sederhana) Negeri Johor, Encik Lau Ka Leng, berkata kejadian itu berikutan kira-kira 400 ladang ayam di negeri ini, daripada keseluruhan 500 ladang, masih menggunakan sistem ternakan ayam tradisional yang mengamalkan sistem reban terbuka.

Katanya, sistem reban terbuka banyak dipengaruhi oleh cuaca semasa, menyebabkan penternak terpaksa menyiram reban dan ternakan unggas mereka dengan air beberapa kali sehari bagi mengelakkan tumbesaran ayam terjejas akibat kepanasan atau, lebih teruk, mati.

Beliau berkata ia berbeza daripada sistem reban tertutup yang lebih moden kerana suhu reban boleh sentiasa dikawal mengikut faktor cuaca menggunakan peralatan moden, terutama penyejuk udara khas menggunakan kipas ekzos.

“Suhu ideal untuk ternakan unggas seperti ayam membesar ialah 28 darjah Celcius, namun fenomena cuaca panas melampau ketika ini, yang puratanya di atas 36 darjah Celcius, amat menjejaskan 80 peratus ladang ayam Johor berskala kecil dan sederhana yang masih menggunakan sistem tradisonal.

“Hanya kira-kira 100 ladang ayam di Johor mengamalkan sistem reban tertutup yang suhu reban boleh dikawal sepenuhnya. Kebanyakan penternak masih belum beralih ke reban tertutup kerana kos operasi yang amat tinggi.

“Tumbesaran ayam juga terganggu ketika ini akibat cuaca panas melampau menyebabkan mereka tidak berselera makan, sekali gus penuaian hasil menjadi lebih lambat.

“Biasanya untuk mendapat hasil ayam matang antara 1.8 kilogram (kg) dengan dua kg untuk pasaran, ia memerlukan tempoh antara 30 dengan hingga 35 hari.

“Namun berikutan fenomena cuaca panas melampau dengan tumbesaran ayam ternganggu kerana unggas itu tiada selera makan, maka untuk tuaian ayam bersaiz 1.8 hingga 2 kg kini mengambil masa lebih lama, iaitu antara 36 dengan 43 hari,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Pada 21 April, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dilaporkan menasihatkan penternak ayam di seluruh negara supaya berwaspada kerana Malaysia bakal mengalami cuaca panas terik.

Menerusi hantaran dalam laman sosialnya, JPV dilaporkan berkata kesan cuaca panas akan mengakibatkan ayam diternak dalam reban terbuka menjadi kurang selera makan, sekali gus menjejaskan tumbesaran unggas itu.

Situasi itu bakal mengancam saiz ayam itu, yang ketika umurnya matang tidak mencapai berat badan dikehendaki dan senario terburuk dengan kes kematian melonjak.

Justeru, JPV dilaporkan menyarankan penternak reban terbuka supaya memantau lebih rapi, namun tidak banyak intervensi boleh dibuat kecuali mereka bertukar kepada sistem reban tertutup.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >