SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Cuaca sejuk di timur laut Asia sehingga suhu turun ke paras amat rendah

Cuaca sejuk di timur laut Asia sehingga suhu turun ke paras amat rendah

Jan 24, 2023 | 8:26 PM

Cuaca sejuk di timur laut Asia sehingga suhu turun ke paras amat rendah

Bahagian utara dan barat Jepun menyaksikan salji tebal dijangka turun sehingga lusa.
Bahagian utara dan barat Jepun menyaksikan salji tebal dijangka turun sehingga lusa. - Foto: AFP

BEIJING: Cuaca sejuk di timur laut Asia menyaksikan suhu di China jatuh ke paras yang belum pernah dialami sebelum ini sementara Jepun berhadapan dengan ribut salji.

Suhu di Mohe, di utara China, menjunam ke paras rekod bawah 53 darjah Selsius kelmarin, dalam kejadian yang dijangka berlarutan sepanjang minggu ini.

Sementara itu utara dan barat Jepun mungkin menyaksikan salji turun sehingga lusa, kata Agensi Meteorologi Jepun.

Cuaca yang lebih sejuk daripada biasa dijangka melanda wilayah itu sehingga akhir bulan ini, dan dijangka mendorong permintaan tenaga oleh pihak China dan Jepun.

Kilang kini sedang ditutup di China sempena perayaan Tahun Baru Cina, dan Jepun masih dapat bergantung kepada gas asli bagi kegunaan loji janakuasanya.

Para pegawai di Mohe, China pula telah meningkatkan kegiatan memanaskan untuk meneruskan proses menghantar air panas ke kediaman penduduk, mendorong kegunaan arang kepada sepertiga lebih tinggi berbanding biasa, menurut media setempat. - Agensi berita.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg