Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

RIBUT SALJI DI AMERIKA SYARIKAT

Cuaca sejuk jejas bekalan tenaga, perjalanan Krismas

Dec 25, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Kesejukan Artik telah meluaskan cengkamannya ke atas sebahagian besar Amerika Syarikat kelmarin.



Ini digabungkan dengan salji, ais dan angin menderu daripada ribut musim sejuk dari Midwest.



Keadaan ini telah mengganggu bekalan tenaga dan menggagalkan perjalanan berjuta-juta rakyat Amerika menjelang hujung minggu cuti perayaan ini.



Cuaca musim sejuk yang melampau telah mendorong pihak berkuasa bandar di seluruh negara itu untuk membuka pusat pemanasan di perpustakaan dan balai polis sambil berebut untuk memperluaskan tempat perlindungan sementara bagi mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal.



Cuaca itu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya lima kematian kelmarin.



Kemalangan yang melibatkan 50 kenderaan di Turnpike, Ohio dalam ribut salji berhampiran Toledo telah mengakibatkan dua kematian dan mencederakan ramai yang lain.



Polis negeri telah melaporkan bahawa kedua-dua jalan di lebuh raya itu telah ditutup. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Toledo, para pemandu yang terkandas telah dipindahkan dengan bas untuk mengelakkan mereka daripada menghadapi kesejukan di dalam kereta pada suhu di bawah sifar.



Tiga kematian berkaitan cuaca telah disahkan di negeri jiran Kentucky.



Dua kematian itu diakibatkan kemalangan kereta dan satu lagi melibatkan mangsa yang tidak mempunyai tempat tinggal, meninggal akibat pendedahan kepada cuaca sejuk itu.



Gabenor Kentucky, Encik Andy Beshear, telah mengumumkan kematian itu di platform Twitternya dan menasihatkan orang ramai supaya duduk di rumah dan menjaga keselamatan mereka.



Dengan pembekuan mendalam yang menjangkau dari Montana ke Texas yang kian berkembang ke arah timur, kira-kira 240 juta orang, iaitu lebih dua pertiga daripada penduduk Amerika berada di bawah amaran dan nasihat cuaca musim sejuk kelmarin, kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS).



NWS mengatakan bahawa peta bahaya musim sejuk yang sedia ada telah menggambarkan salah satu tahap terbesar amaran dan nasihat cuaca musim sejuk yang pernah dialami.



Tempat paling sejuk di negara itu yang dilaporkan kelmarin ialah bandar terpencil di utara Montana, Havre, berhampiran sempadan Canada.



Tahap merkuri di tempat itu telah meningkat daripada paras rendah 38 darjah di bawah sifar Fahrenheit (atau -39 darjah Celcius) kepada -20 sebelum tengah hari, lapor NWS. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >