Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Cuaca tidak menentu jejas hasil tuaian mangga harumanis di M'sia

Mar 17, 2023 | 05:30 AM



KANGAR: Permintaan untuk mangga harumanis sentiasa tinggi, tetapi petani di Perlis menjangkakan kurang buah tahun ini, lapor The Star pada Khamis.



Peladang dan usahawan, Encik Mohd Nasir Salim, 32 tahun, berkata cuaca tidak menentu pada musim berbunga bulan lalu menyebabkan petani menjangkakan hasil tuaian kali ini lebih kecil.



"Ini mungkin disebabkan cuaca tidak menentu yang kita alami bulan lepas, di mana hujan sekali-sekala menjejaskan pertumbuhan buah-buahan," katanya.



Encik Mohd Nasir, yang telah menanam harumanis kira-kira lapan tahun sekarang, berkata berbanding tuaian dua tan tahun lepas, beliau hanya menjangkakan lebih sedikit satu tan kali ini.



Selain cuaca, petani juga menghadapi serangan perosak, katanya. Bagaimanapun, beliau berharap dalam baki dua minggu sebelum penuaian bermula, buah-buahan dapat tumbuh dengan sihat.



Mengenai permintaan pasaran, Encik Mohd Nasir berkata beliau setakat ini menerima tempahan lebih 2,000 mangga.



"Walaupun musim mangga belum bermula, saya sudah menerima tempahan dari sejauh Singapura," katanya sambil menambah bahawa beliau kebanyakannya memasarkan produknya di media sosial.



Encik Mohd Nasir berharap dapat menjual 3,000 biji harumanis tahun ini.



Pengerusi Persatuan Usahawan Harumanis Perlis, Datuk Hashim Suboh, berkata beliau menjangkakan jumlah keluaran tahun ini hanya 40 peratus daripada jualan tahun lepas sebanyak RM70 juta ($20.98 juta).



"Permintaan adalah tinggi, itu bagus, tetapi pada tahun ini, kebanyakan petani dan pengusaha menjangkakan hasil yang lebih rendah," katanya sambil menambah bahawa ini dijangka meningkatkan harga jualan.



Tuai hanya sekali setahun, harumanis yang manis dan beraroma adalah baka khas mangga yang mengekalkan kulit hijaunya walaupun sudah masak.



Ia juga merupakan mangga tempatan paling mahal di negara ini, dengan harga mencecah RM40 sekilogram.



Mangga harumanis yang banyak dicari juga dieksport ke Singapura, Jepun, China dan Amerika Syarikat.



Sementara itu, suhu tertinggi yang dicatatkan di Perlis ialah 35 darjah Celsius pada Selasa, dan ia dijangka berterusan sehingga Ahad.



Cuaca di Perlis boleh menjadi sangat panas, dan boleh meningkat sehingga 38 darjah Celsius, malah kadangkala 40 darjah Celsius. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >